AKADEMI BERBAGI BUKU

“Akademi Berbagi Buku” tampil mengisi ruang kosong dalam usaha melahirkan generasi masa hadapan yang lebih sejahtera dengan dua misi utama iaitu :

1. Memberikan akses kepada buku bersesuaian.

2. Memberikan kesedaran untuk membaca melalui program pendidikan alternatif.

Mengambil inspirasi daripada John Wood dalam Leaving Microsoft To Change The World dan Room To Read yang kini telah berjaya membina beribu-ribu perpustakaan, bangunan sekolah dan memberikan biasiswa kepada anak-anak perempuan di negara-negara miskin.

Alhamdulillah sejak awal 2015, dibawah KomunitiJejak Tarbiah- beberapa projek telah berjaya kami laksanakan iaitu:
1. Projek Buku Untuk Sekolah Juvana, Penjara Kajang.
2. Projek membaiki bangunan sekolah dan perpustakaan di Madrasah Tsanawiyah Muhammadiyah Maninjau, Sumatera Indonesia.
3. Projek Perpustakaan Mini di Masjid Aceh Besar, Indonesia.
4. Projek Perpustakaan Mini Rumah Panjang, Long Busang, Sarawak
5. Projek Perpustakaan Mini Rumah Anak Yatim Baitul Makhazin, Kuantan Pahang
6. Projek Perpustakaan Mini Kampung Dumpiring Atas, Kundasang Sabah
7. Projek Perpustakaan Mini Sempurnalah Sempoerna, Sabah.

Untuk anda yang ingin ikut membantu boleh salurkan derma anda ke:

Untuk anda yang ingin ikut membantu boleh salurkan derma anda ke:

Cara 1 : Manual Bank Transfer

JEJAK TARBIAH RESOURCES

8602-0283-49

/

Cara 2 : Online Bank Transfer