Sumbangan terkumpul setakat ini adalah
RM1,358.
Terima kasih, semua para penyumbang yang mulia sekalian. Semoga tuan-puan dirahmati dan dipermudahkan segala urusan.
Akademi Berbagi Buku akan menziarahi Sekolah Alternatif di Kampung Bangau-bangau, Semporna, dan jikalau sempat ke Sekolah Alternatif Tawau, Sabah.
Sekolah Alternatif ini adalah untuk anak-anak yang tidak berpeluang mendapatkan pendidikan formal disebabkan kemiskinan dan masalah dokumen pengenalan diri.
Walaupun sekolah ini sangatlah sederhana dan serba serbi kekurangan dari segi fasilitinya, namun anak-anak ini mampu tersenyum riang dan sangat gembira untuk pergi ke sekolah untuk belajar membaca, menulis dan mengira. Semua anak-anak ini juga berhak mendapat pendidikan yang baik.
Dengan mendapat pendidikan asas, sekurang-kurangnya dapat menaikkan kadar celik huruf di kalangan penduduk di sana, dan membuka pintu untuk berimpian lebih tinggi bagi anak-anak ini.
Andrea Hirata pernah mengatakan di dalam buku Sang Pemimpi;
“Berhenti bercita-cita adalah tragedi terbesar dalam hidup manusia.”
Untuk membantu anak-anak ini, kami memerlukan sumbangan sebanyak RM3,000 untuk kegunaan berikut:
1. Membeli komik M
2. Membeli buku cerita kanak-kanak dan remaja.
3. Buku latihan dan alat tulis
Kami juga amat mengalu-alukan jika ada yang mahu memberikan sumbangan buku-buku. Sumbangan dalam bentuk fizikal boleh dihantar ke:
Galeri Jejak Tarbiah,
C-1-5, Jalan BG 3B/4, Bangi Gateway Commercial Shop, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor.