KENAPA SUKARELAWAN ?

Menjadi seorang sukarelawan bukanlah suatu yang mudah, kerana segalanya perlu dilakukan dengan rela hati tanpa mengharapkan balasan dari orang lain. Jika ia tidak mudah, kenapa ia perlu disertai ? Untuk mejadi sukarelawan, sesorang itu seharusnya melakukan pengorbanan samada dari sudut harta, masa ataupun tenaga. Maka sebab itulah menjadi seorang sukarelawan itu merupakan satu pekerjaan yang mulia. Dalam membentuk komuniti yang sejahtera, aman dan harmoni, sukarelawan sangat penting dalam memainkan peranan sebagai penggerak kepada aktiviti kebajikan serta menjadi contoh dan pembakar semanat kepada orang lain untuk turut melibatkan diri sama dalam kerja kesukarelawanan. 

APA KELEBIHAN MENJADI SUKARELAWAN ?

Menambahkan Minat Kepada Ilmu

Menjadikan kita berasa lebih bersyukur.

Menambahkan kenalan baru.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI SUKARELAWAN PIKDM ?

Akademi Berbagi Buku sentiasa mempunyai projek kebajikan yang memerlukan khidmat sukarelawan. Anda boleh menjadi sukarewan sepenuh masa atau menjadi sukarelawan separuh masa. Kepakaran anda dalam bidang masing-masing sangat diperlukan dalam menggerakkan Akademi Berbagi Buku dan menjayakan projek-projek kebajikan. Anda boleh memilih untuk menjadi sukarelwan untuk mana-mana tugasan berikut :

  • Sukarelawan lapangan
  • Penulis Blog
  • Pereka grafik
  • Pereka laman web
  • Penulis copywriting
  • Pengurus projek

 Berminat untuk menjadi sukarelawan Akademi Berbagi Buku? Anda boleh hubungi kami melalui dua cara dibawah :

Hubungi Kami

Iman Danial Hakim : 017 - 208 4915

Emel Kami

akademiberbagibuku @ gmail.com